Wednesday, October 22, 2008
Bengong ape...????
Monday, October 20, 2008
AL-FATIHAH......
Baru-baru nih...semalam kot....seorang lagi antara tokoh wanita yang pernah memperjuangkan tanah melayu dari cengkaman penjajah inggeris....telah pergi mengadap ilahi. Aku pun tak le berapa kenal sangat dengat arwah nih...tapi sebagai seorang yang pernah baca sejarah dalam negara sendiri.....tau la sket-sket...Arwah dulu pernah aktif dalam AWAS....dan yang last sekali aku tau ialah beliau menyertai PKM...AL-FATIHAH.....
Thursday, October 16, 2008
DAULAT TUANKU!!!!!!!!

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract. Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. "Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."- Petikan dari Malaysia kini.
Wednesday, October 15, 2008
Kan dah kena haram......sikit je lagi jadah...
Monday, October 13, 2008
Gerakan Pulak Buat Hal.....

Ari ni pun ada lagi lagi perkara yang aku anggap memain dengan sentimen perkauman....Si Tan Lian Hoe tu p cakap pasal asal-usul orang melayu tu pehal?????
Benda pasal perkauman dah nak reda sket......dah dia bangkitkan plak kat persidangan Parti Gerakan yang baru-baru nih berlangsung.....
Cikgu Intan.....benda dah nak sejuk...jangan la diangkit-bangkitkan....ha...kan dah kena marah dengan orang-orang melayu.....jangan macam tu....Cikgu Intan kena ingat...Cikgu Intan tu menang kerusi Parlimen kat tempat orang Melayu....jangan la lupa plak nak hargai orang melayu......
Tak sangka lak aku....leh plak dia kata cenggitu.....tak kan tak pikir kot...orang melayu ramai kat keliling tu....depa ni tak kira parti kalo pasal kaum nih...aku rasa mesti ramai lagi yang dok protes dengan ucapan amoi ni...
aku rasa la....ramai orang malaysia ni baca buku sejarah sebab nak amik periksa je kot la....hahahahaha...
Teringat lak aku kat laksamana Hang Tuah.....
"Tak melayu hilang di dunia"
Orang tak pecaya dah ada harimau....hahahahah

Minggu lepas Kepala PKR ada bagitau kat paper...dia kata...tarikh nak tubuh kerajaan baru dah ubah lak....cemana ni????? Selewat-lewatnyer sebelum raya haji lak. Bila dah keluar kenyataan tu....aku teringat kat cerita dulu-dulu....korang pun mesti ingat...
ala kisah sorang budak pengembala kambing yang boring jaga kambing....memula dier tipu orang kampung kata ada rimau nak makan kambing dier....tapi takde...pastu dier buat lagi sekali.....tapi yang tu betul rimau datang makan kambing dier.....kan padan muka!!!!
Jadi aku rase nak andaikan macam tu la jugak dengan cerite nih..... memula orang kampung pecaya la.....kali kedua.....tak pecaya la....last-last tengok la sape yang kena makan dengan rimau...heheheheheheh.....
Wednesday, October 8, 2008
Nak jadi macam Stalin ke maikel Jeksen kot????

Dah ada cite lak dah....ada la penyokong orang tu nak buat replika pulak besau-besau....
isk...dah macam hebat tul dia tu. aku isau gak...lelama sok ada lak orang dok asyik sembah lak replika patung orang tu....
Jangan la jadi macam zaman menyembah berhala di zaman jahiliah dulu tu...mintak simpang la.
Itu la menunjukkan ketaksuban dikalangan penyokong seorang yang dikatakan terlalu hebat pada mata diorang. Aku dah idup lama gak la kat Malaysia nih...tapi tak penah lak aku tengok sampai ada orang nak bina replika gambar orang yang disanjung-sanjung...sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi....sejak merdeka la tu....takde lak patung atau replika yang dibina untuk memperingatinya....elok la tu...cukup la sekadar kita tengok gambar dier kat muzium atau buku sejarah..ye la...sebagai memperingati jasa beliau yang memperjuangkan kemerdekaan di negara kita ni....Nak jadi macam patung Stalin kat Rusia tu dulu kot????? Tumbang dah rasenye....
Tapi kalo dah sampai nak bina replika besau-besau tu....nanti aku isau lain lak jadinya nanti...
Apa la nak jadi ni.....orang melayu pun sokong lak tu.... Orang PAS cemana lak????UMNO????
Tepuk kepala....tengok ada benjol ke takde.....heheheheh.....Tok Guru...apa komen????



