Tuesday, May 12, 2009

Betul ke kehendak Rakyat Perak???

sekian lama dua alam tak menulis.....pegi oversea. Baru2 ni dikejutkan lagi dengan keputusan mahkamah tinggi yang mana mengatakan bahawa si Nizar ni masih kekal sebagai MB Perak. Dah nampak bercampur pulak antara keputusan sultan Perak dengan perundangan Malaysia.

Walau bagaimanapun...aku respek gak pada geng2 BN ni..depa boleh terima keputusan itu dengan tenang tanpa ada yang berbaring atas jalan. Cuba la kalau2 keputusan mahkamah itu mengistiharkan bahwa Nizar tidak lagi jadi MB Perak?....aku rasa mau kecoh jadinya satu Perak ni....tu belum kira kat area mahkamah lagi. Akan wujud la perkataan BN dah beli mahkamah dan sebagainya..tu belum kira yang berarak buat demonstrasi dan baring2 atas jalan lagi tu.


Nizar kata dia akan kembalikan kepada rakyat hak2 mereka untuk memilih kerajaan yang baru...isy...betul ke rakyat yang mahukan?..atau pun dia yang mahukan pilihanraya diadakan semula?...Kalau dibuat survey atau pun kaji selidik pada seluruh rakyat Perak....aku jamin tidak 100% yang menyokong supaya pilihanraya dibuat semula. Nak buat apa?...Sebelum ini pada PRU12..semua rakyat Perak yang keluar mengundi telah membuat pilihan mereka iaitu menggunakan kuasa hak mereka untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat.


Dah ditakdirkan Pakatan mempunyai majoriti...maka mereka dah tubuh kerajaan..tapi tak sampai setahun....berlaku pulak perubahan...itu pun penyokong PR mengistilahkan rampasan kuasa secara tidak sah di Perak. Walhal..yang melantik MB adalah sultan Perak. Aku pun dah pening gak..bila kuasa sultan pulak dipertikaikan oleh rakyat. Ingatlah wahai Nizar...kamu telah dipilih oleh pengundi di Pasir Panjang sebagai yang berhormat....tapi bukan sebagai MB.Fikir-fikirkan lah.....





dua alam-senang...buat je sidang tergempar dun..buat undi tak pecaya kat si Nizar tu...rakyat Perak pun dah menyampah dengan perangai dia ni....

2 comments:

Anonymous said...

Hello kawan.

Apa nak pening-pening ni. Kalau ada pilihanraya ada orang seronok, ada orang tak nak, ada orang pulak tak kisah langsung.

Tok Janggut dah banyak kali pi ngundi. Ada pilihanraya ke tak ada ke, tak ada makna pada Tok Janggut. Kenapa? mesti awak peningkan.

Dulu pun Tok Janggut pening jugak. Mudah je ceritanya. Bawa bertenang. Tanggungjawab rakyat sebagai pengundi adalah memilih calon mereka. Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Bila diberi peluang buatlah pilihan dengan betul. Kalau rasakan calon anda pilih mampu untuk memberi khidmat maka pilihlah dia.

Dalam suasana asyik nak pilihanraya, berpolitik, bermusyuarat... hei kami ni rakyat, mintak kami mengundi. Bila nak berkhidmat untuk kami kalau asyik cerita politik je.

Itu sebab Tok Janggut tengok dari mula Tok Janggut mengundi tak ada bezanya. Fikirlah pasal rakyat. Sudahlah jangan terlalu banyak berpolitik. Parti yang tak dapat memerintah kenalah terima hakikat. Yang memerintah buat lah kerja untuk rakyat.

Itulah pesanan dari Tok Janggut.

rakyat perak said...

apa dah jadi ni. MB besar asyik bertukar-tukar je. apa nak jadi negeri perak ni. cuba awak fikirkan dan bagi idea. saya sebagai rakyat perak benar-benar dah runsing. siapa yang betul ni. cuba jelaskan.