Wednesday, December 10, 2008

Blah je la...tunggu apa lagi??


S.I. Rajah mahu Kayveas letak jawatan


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebaliknya mencadangkan Presidennya, Datuk M. Kayveas meletakkan jawatan kerana menyatakan hasratnya meninggalkan BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda.
Penasihat PPP, S.I. Rajah berkata, dalam situasi sekarang hanya wujud dua pilihan sahaja iaitu sama ada PPP benar- benar menarik diri daripada BN atau Kayveas meletakkan jawatan.
Secara peribadi, kata bekas presiden PPP itu, beliau melihat Kayveas yang perlu keluar dari PPP kerana memberikan kata putus secara bersendirian tanpa membuat sebarang referendum atau persetujuan ahli-ahli akar umbi parti sebelum mengugut meninggalkan BN.-Utusan Malaysia


Ha..tak reti-reti lagi ke?? Ahli parti dah buka pintu tu...blah je la...takkan nak kena halau lak. Nampak sangat dah...bukan parti yang mengugut...tapi dia sorang je yang nak kuar...blah je la datuk...

Dah la kalah...ni nak ugut-ugut plak...hehehehe.....macam nak cari sebab je nak di'nyah'kan....

No comments: