Tuesday, December 23, 2008

YB yang suka menyaman.....



Aku pelik la....sorang YB tu...ala si Telesa tu la...suka sangat menyaman....ari ni dalam paper...dia nak saman Utusan Melayu lagi....bukan sikit lak tu 30 juta...aku dah naik muak tengok dia ni...macam nak cari makan dengan menyaman orang jer.....


Agaknya dia dipilih oleh pengundi untuk menyaman je agaknya....entah la....agaknya nak bagi bantuan kat rakyat guna duit saman mana yang menang nanti la agaknya tu..


Aku rasa rakyat pun dak menyampah.....asyik nak menyaman je dia ni.....lebih baik dia utamakan hal rakyat......hiiii....menyampah lak aku...

Wednesday, December 10, 2008

Blah je la...tunggu apa lagi??


S.I. Rajah mahu Kayveas letak jawatan


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebaliknya mencadangkan Presidennya, Datuk M. Kayveas meletakkan jawatan kerana menyatakan hasratnya meninggalkan BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda.
Penasihat PPP, S.I. Rajah berkata, dalam situasi sekarang hanya wujud dua pilihan sahaja iaitu sama ada PPP benar- benar menarik diri daripada BN atau Kayveas meletakkan jawatan.
Secara peribadi, kata bekas presiden PPP itu, beliau melihat Kayveas yang perlu keluar dari PPP kerana memberikan kata putus secara bersendirian tanpa membuat sebarang referendum atau persetujuan ahli-ahli akar umbi parti sebelum mengugut meninggalkan BN.-Utusan Malaysia


Ha..tak reti-reti lagi ke?? Ahli parti dah buka pintu tu...blah je la...takkan nak kena halau lak. Nampak sangat dah...bukan parti yang mengugut...tapi dia sorang je yang nak kuar...blah je la datuk...

Dah la kalah...ni nak ugut-ugut plak...hehehehe.....macam nak cari sebab je nak di'nyah'kan....

Tuesday, December 9, 2008

Jangan ingkar!!!!!!!


Raja Muda Perak dah bertitah...sebarang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal agama di negeri Perak...hendaklah mendapat perkenan daripada Tuanku dahulu....

haaaa......ingatlah wahai yang kerajaan yang memerintah perak tuh.....jangan le nak memandai-mandai je yek lepas nih....


Elok plak Raja Muda akan mintak laporan daripada pihak-pihak yang dilantik supaya memantau khutbah jumaat....teringat da sekali aku solat jumaat di masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar...mak aih khutbahnya dah macam berkempen lak...tapi tak semua khatib cam tu....ada la yang rasa hebat sangat tu........dasat tul.....kalo korang tak pecaya pi la masjid tu.....


flyers melambak-lambak kat dalam kawasan masjid....iklan itu...iklan ini....poster ceramah PAS pun tampal kat dalam masjid...apa la...sedih tul aku tengok.....kalau taksub dengan parti pun...jangan la masjid pun dijadikan perantaraan untuk berpolitik......entah la.....



Jadi....beringat la wahai Kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menuju...kerajaan menjahanamkan rakyat....

kena tahan ler.....



Aku pun pelik betul la dengan MP Sungai Siput ni....macam-macam hal nak dibuatnya....berbasikal lak dah....yang lain pun ngikut je la.....yang dok pakat nyokong hindraf tu wat ape...
ni nak join Jerit lak.....kang kena tangkap menjerit la kaum keluarga korang.....tambah lak yang menyokong hindraf ni...kalo dapat menjerit...memang tak sedar diri punya....rasa macam kuat sangat lak depa...ye la dah ramai...rasa kuat la...

Kepada MP sungai siput tu.....keje l untuk rakyat...bukannya memesongkan rakyat.....aku rasa la....MP sg siput yang dulu lagi best rasenya...

DUA ALAM....teringat kat uncle sam...hehehehehe....

Ada hikmahnya...




Semenjak kes tanah runtuh yang meranapkan beberapa buah banglo di Bukit Antarabangsa tu....makin bertambah-tambah lak berita pasal kata tanah dah mendap la...runtuh la....sebelum ni takde lak berita pasal tu...bermusim gak nampak gayanya berita nih....




Tapi pada pendapat aku la....dalam Al Quran pun ada bagitau bukit bukau dan gunung ganang tu adalah paksi bumi....dah bila diratakan...digondolkan......tak balance la jadiknye...wallahuaa'lam...








dua alam....al fatihah kepada mangsa yang terkorban yang beragama islam.

pasni....pikir-pikir la nak luluskan projek kediaman kat bukit?????