Walau bagaimanapun...aku respek gak pada geng2 BN ni..depa boleh terima keputusan itu dengan tenang tanpa ada yang berbaring atas jalan. Cuba la kalau2 keputusan mahkamah itu mengistiharkan bahwa Nizar tidak lagi jadi MB Perak?....aku rasa mau kecoh jadinya satu Perak ni....tu belum kira kat area mahkamah lagi. Akan wujud la perkataan BN dah beli mahkamah dan sebagainya..tu belum kira yang berarak buat demonstrasi dan baring2 atas jalan lagi tu.
Nizar kata dia akan kembalikan kepada rakyat hak2 mereka untuk memilih kerajaan yang baru...isy...betul ke rakyat yang mahukan?..atau pun dia yang mahukan pilihanraya diadakan semula?...Kalau dibuat survey atau pun kaji selidik pada seluruh rakyat Perak....aku jamin tidak 100% yang menyokong supaya pilihanraya dibuat semula. Nak buat apa?...Sebelum ini pada PRU12..semua rakyat Perak yang keluar mengundi telah membuat pilihan mereka iaitu menggunakan kuasa hak mereka untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat.
Dah ditakdirkan Pakatan mempunyai majoriti...maka mereka dah tubuh kerajaan..tapi tak sampai setahun....berlaku pulak perubahan...itu pun penyokong PR mengistilahkan rampasan kuasa secara tidak sah di Perak. Walhal..yang melantik MB adalah sultan Perak. Aku pun dah pening gak..bila kuasa sultan pulak dipertikaikan oleh rakyat. Ingatlah wahai Nizar...kamu telah dipilih oleh pengundi di Pasir Panjang sebagai yang berhormat....tapi bukan sebagai MB.Fikir-fikirkan lah.....
dua alam-senang...buat je sidang tergempar dun..buat undi tak pecaya kat si Nizar tu...rakyat Perak pun dah menyampah dengan perangai dia ni....












