Wednesday, November 19, 2008

Bertuahnya engkau babi....

Kawan ada dengar cerita....kat Kedah pun dah nak buat kandang babi yang moden la kononnya....heheheheh....kawan gelak bukan apa....sian lak dengan rakyat Kedah tu....ye la....dah la negeri kecik....nak buat lak kandang babi yang boleh memuatkan puluhan ribu ekor babi....

alahai...nasib ko la babi....banyaak betul keistimewaan yang ko dapat semenjak dua menjak ni...




Kawa tak dapat le nak bayangkan....nanti negeri yang kecik tu dimana rakyatnya akan menyedut udara segar dari kandang babi tu...hehehehe...

Kepada rakyat Kedah...hangpa pikiaq la sendiri...kesan...dari kandang babi tu...



Dua alam- kawan rasa la...lebih baik yang makan babi tu pegi memburu babi hutan yang ada kat hutan nun.....lagi adventure...natural lak tu..heheheheh







hehehehe...jangan marah aaa......oink! oink!oink!







Wednesday, November 5, 2008

Lu Macam Kacang La Zaid!!!!






Dalam paper utusan hari ni ada mengatakan pasal si Zaid ni.....ooooo...rupanya dia dulu adalah graduan dari Uitm rupanya.....Hari ni dah ada firma besor-besor lak tu...ala firma guaman...

Jangan lupa la wahai Zahid.....awak tu dulu menimba ilmu di Uitm ( dulu ITM) .... dah cerdik sikit...mula la lupa asal-usul UiTM dulu diwujudkan.

Jangan dok kutuk pasal ketuanan melayu la...tanpa UiTM....tak akan wujud la graduan yang hebat-hebat di tanah Melayu nih....termasuk le ko Zaid. Ingat la Zaid....tanpa ketuanan Melayu...UiTM tak akan wujud dan kejayaan yang ko kecapi hari ini mungkin tak ada....jangan la jadi kacang lupakan kulit wahai zaid....

Jelas dan nyata!!!!!





DAULAT TUANKU!!!!




KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.
Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.
‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.
‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.
Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.
Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.
Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).
Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.
Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.
‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan.
‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.
Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.
Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.
‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.
‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda. - UTUSAN MALAYSIA


_____________________________________________________________________


Ha...tengok!...Sultan Perak dah bagitau dah lengkap pasal sejarah perlembagaan, pembentukan, dan juga perkara 153. Jadi beringatlah wahai saudara-saudaraku...jangan la disebabkan oleh perbezaan fahaman politik, mula la masing-masing nak pertikaikan. Ada juga yang tak sedar diri....lupa asa-usul...bukan nak menuding jari la....ada la bekas Menteri tu....dah jadi peguam...ada firma besar-besar....lepas tu hentam lak pasal ketuanan Melayu....memang betul la kata Dr.M dulu..."Melayu Mudah Lupa".....memang dah nampak dah terjadi....




Ayuh la kita sebagai orang Melayu dan orang Islam.....pertahankanlah hak kita....jangan biarkan kita akan jadi pengemis di tanah air sendiri suatu hari nanti. Terus pertahankan institusi Raja-raja Melayu....






........anak kecil main api...


..terbakar hatinya yang sepi...


air mata darah..bercampur keringat..


...bumi dipijak milik orang.....-teringat lagu ni dah dinyanyikan waktu kecik lagi.